Erm.. setelah lama menggunakan FreeBSD.. bukan terer pun. Cume pengalaman lamaku rasa. Hampir 5 tahun. Nak sama dengan bilangan lamanya aku menunggu anakku keluar.. :) Aku bertanya pada diri sendiri. Adakah ia berbaloi dari segi kos, tenaga, dan masa aku. Kenapa di sini saya menggunakan 'aku', sebab saya sorang yang kene fikir. Bukan nak mengatakan rakan-rakan lainku tak bantu, tapi sokongan yang aku fikirkan. Walau begitu, aku tak pernak menghampakan organisasiku, selagi tulang 4 kerat ni ada, aku akan buat supaya segala-galanya beres. Tanpa mahu organisasiku bertanya bagaimana nak selesaikan. Bila bos tanya pasal dokumentasi ke atas kejayaan inovasi aku (aku panggil inovasi sebab ia baru di organisasiku, di luar sana orang dah bergerak lagi maju!), aku mula pening. Sebab aku berhempas pulas nak mempelajari kaedah dari pak cik ku, uncle google, nak mendokumenkan perkara itu akan mengambil masa lagi dariku. Di sini, sebagai contoh, bagaimana aku nak selesaikan masalah aku berke