Posts

Showing posts from March, 2010

Open Source : Mengapa kita perlu gunakannya

Pergerakan Open Source agak perlahan jika dibandingkan dengan rakan jiran kita dari seberang. Adakah kita kekurangan kemahiran yang diperlukan ataupun tenaga yang mencukupi? Jawapannya ringkas. Banyak dugaan dan cabaran dalam menempuh alam Open Source di Malaysia ini. Di kala ini tidak banyak komuniti yang mencipta benda baru sebagai contoh mencipta satu distro yang baru dari Kernel Linux, tetapi aku terpikat dengan terciptanya satu Distro yang diberi nama My1os yang masih di peringkat beta. Semoga Allah memudahkan perjalanan ini. Aku pernah berbual dengan salah seorang pensyarah di sebuah IPTA tersohor negara dan jawapan daripada beliau tentang Open Source agak mengecewakan aku kerana beliau masih mempertahankan mengapa perlu mencipta Distro yang baru sedangkan banyak distro Linux telah dibangunkan. Aku tidak mampu menjawabnya kerana bagiku mudah. Ia adalah Freedom. Kebebasan untuk memilih. Mengapa aku gunakan Sabily? walaupun Sabily lahir daripada Ubuntu dan Ubuntu adalah asas kepada