Penggunaan OpenSUSE 11.4


Banyak sebab antara lain aku menggunakan OpenSUSE 11.4. Antara yang aku ingat, ia ada nilai sentimental yang tak boleh aku lupakan. Ia adalah Linux pertama yang pernah aku belajar install!! Pada ketika itu, aku belajar di OSCC dan pada tahun 2003 tersebut, pada ketika ini pun OSCC dah tiada. Tinggal nama dan syarikat yang menjalankan OSCC iaitu, Dataware telah tiada kaitan dengan OSCC lagi.

Seterusnya, ini adalah masalah ikhlas yang aku hadapi pada OpenSUSE 11.4 ini. Antaranya adalah:

  • Dokumentasi yang sukar hendak di cari. Merata aku mencari satu pangkalan data documentation, tetapi aku agak struggle untuk memahaminya kerana keadaan dokumentasi yang agak tidak berpusat dan juga perlu eksplorasi yang lebih untuk mendapat jawapan.
  • Hang ketika running. Ini berkali-kali berlaku yang menyebabkan aku terpaksa jua memasang dual-boot dengan Ubuntu Server untuk kegunaan ofisku esok. Setelah server aku barai satu hard disk. Aku masih belum mendapat solutionnya. Menurut saudara Eric Yeoh, aku perlu disable Desktop Effects. Sebenarnya memang aku tak enable pun. Tapi tu lah, aku tak pasti kenapa. Tapi yang pasti ia ada kaitan dengan aku punya Graphic Card yang tak support. Aku akan cuba bertanya pada saudara Hidzuan Hashim, tentang permasalahan ini. Mereka berdua adalah 2 nama yang aku kenal dan pakar dalam OpenSUSE ni walaupun saudara E1 ni tanya bagaimana nak guna BlackBerry ini sebagai DUN. Berjaya diconfigure, tapi gagal untuk connect. Ini juga masalah bagi aku kalau aku nak travel.
Disebalik permasalahan di atas, aku nampaknya agak selesa dengan Ubuntu. Sebabnya sama di atas, dua perkara di atas tak berlaku pada Notebook Qosmio ini. Harapnya boleh diselesaikan sebab aku memang nak guna OpenSUSE untuk long-term.

Antara masalah yang aku hadapi disebabkan knowledge ku yang cetek adalah:
  1. Kegagalan nak setup SSH sebab kerana Firewall blok. Aku ada nampak solution dia hari tu, tapi aku lupa link dia. Last sekali aku disable je Firewall.
  2. Kesusahan nak install phpMyAdmin. Aku rasa aku dah completely remove dia dalam notebook ni, sebab bila aku nak run yast --install phpMyAdmin , dia tak jumpa. Sebenarnya aku dah install. Aku dah ter run yast2 --remove phpMyAdmin, aku rasa dia dah buang semua.. hahaha..
Banyak bende yang aku kene belajar. Tapi aku tak akan putus asa. Di bawah ni aku bekalkan screenshoot desktop aku. Ni yang paling aku suka.

Antara perkara menarik minat aku nak menggunakan OpenSUSE 11.4 ni, selain daripada DE yang cantik (aku pakai GNOME sebab kurang User Friendly, walau cantik) aku suka features ni:
  1. Dah ada Firefox 4.0
  2. LibreOffice 3.3.0 dengan plugin ke Googledocs dan Zoho.
  3. Ringan dan stabil (rasa aku la)
Harap aku tak putus asa. Kalau tak kene beralih balik pada Ubuntu.. hehehe


-

Comments

Popular posts from this blog

Maxis Home Wireless Internet ~ Hate Unifi?

Memperbaiki resolusi display yang rosak

CLA resit - second time