Rawatan Pertama di Klinik Mersing

Terima kasih kepada staf Klinik Mersing Kanan, Johor yang melayan isteri dengan baik sekali. Kami mengambil masa setengah hari juga untuk selesaikan prosedur 'membuka buku' bagi Pah hari ini.
Kekecewaan yang hadir pada Khamis lepas terubat jua walau ada kerisauan di wajah Pah yang aku sengaja tak nak iakan kerana tak nak Pah terlalu risau walau aku juga risau.
Aku yakin dengan kuasa Allah S.W.T; segala kemungkinan boleh berlaku. Aku belikan Pah Kurma Ajwa, dengan berkat kurma Rasulullah ini, aku harapkan syafaat nabi (selawatlah kita) dengan berkat aku beli dan suruh Pah makan terus.
Aku masih ingat lagi masa kami di Hospital Putrajaya. Menangis isteri aku mengenangkan kami tidak dilayan oleh doktor di Hospital Putrajaya. Tengok pun tak nak. Walau masa tu tak ramai pesakit yang menunggu. Sebagai impaknya, aku dah buat komplen. Aku buat aduan supaya perkhidmatan bertambah baik, dan supaya orang lain tak kene seperti mana aku kene. Aku yakin, kalau orang kampung takkan buat aduan sebab kesian, aku buat aduan pun sebab kasihan tengok wife. Beliau sangat risau. Sebenarnya aku pun risau juga. Moga dipermudahkan.

Comments

Popular posts from this blog

Maxis Home Wireless Internet ~ Hate Unifi?

Memperbaiki resolusi display yang rosak

CLA resit - second time