Posts

Showing posts with the label pah

Pah dimasukkan ke Hospital Mersing

Image
Semalam lebih kurang jam 12.00 malam, Pah cakap pada aku ada darah keluar dan melekat pada seluar dalamnya; aku kaget jugak. Terkedu dalam beberapa saat. Aku tengok muka Pah dan Pah pun tengok muka aku. Risau bercampur takut dan sedih semua ada. Mana taknya, dalam fikiran aku sepatutnya ia tidak boleh berlaku. Oleh sebab Pah macam tengok aku terkedu sekejap; dia kata jom kita ke Kecemasan. Aku ingat lagi masa aku terkedu tu, aku dok terpikir macam nak call Dr. Norliza daripada Putrajaya yang telefon aku pada hari Khamis lepas. Aku masih ingat suara dia. Aku siap buat Information Gathering dekat Facebook dia. Suaranya muda tapi, setelah aku tengok Facebook beliau, nampak macam dalam usia 40'an. Ya itu yang berlaku masa aku hang sekejap tu. Berbalik pada cerita tadi, tapi berlengah aku bawak baju sejuk; sebab aku rasa sejuk kat sana, kami bergegas ke Hospital. Sebelum tu Pah ada ngadu sakit, dan pada masa sebelum dia kata keluar darah tu, aku ada suruh dia urut tangan aku. Takkan pa...

Rawatan Pertama di Klinik Mersing

Image
Terima kasih kepada staf Klinik Mersing Kanan, Johor yang melayan isteri dengan baik sekali. Kami mengambil masa setengah hari juga untuk selesaikan prosedur 'membuka buku' bagi Pah hari ini. Kekecewaan yang hadir pada Khamis lepas terubat jua walau ada kerisauan di wajah Pah yang aku sengaja tak nak iakan kerana tak nak Pah terlalu risau walau aku juga risau. Aku yakin dengan kuasa Allah S.W.T; segala kemungkinan boleh berlaku. Aku belikan Pah Kurma Ajwa, dengan berkat kurma Rasulullah ini, aku harapkan syafaat nabi (selawatlah kita) dengan berkat aku beli dan suruh Pah makan terus. Aku masih ingat lagi masa kami di Hospital Putrajaya. Menangis isteri aku mengenangkan kami tidak dilayan oleh doktor di Hospital Putrajaya. Tengok pun tak nak. Walau masa tu tak ramai pesakit yang menunggu. Sebagai impaknya, aku dah buat komplen. Aku buat aduan supaya perkhidmatan bertambah baik, dan supaya orang lain tak kene seperti mana aku kene. Aku yakin, kalau orang kampung takkan buat ...