Pah dimasukkan ke Hospital Mersing

Semalam lebih kurang jam 12.00 malam, Pah cakap pada aku ada darah keluar dan melekat pada seluar dalamnya; aku kaget jugak. Terkedu dalam beberapa saat. Aku tengok muka Pah dan Pah pun tengok muka aku. Risau bercampur takut dan sedih semua ada. Mana taknya, dalam fikiran aku sepatutnya ia tidak boleh berlaku. Oleh sebab Pah macam tengok aku terkedu sekejap; dia kata jom kita ke Kecemasan. Aku ingat lagi masa aku terkedu tu, aku dok terpikir macam nak call Dr. Norliza daripada Putrajaya yang telefon aku pada hari Khamis lepas. Aku masih ingat suara dia. Aku siap buat Information Gathering dekat Facebook dia. Suaranya muda tapi, setelah aku tengok Facebook beliau, nampak macam dalam usia 40'an. Ya itu yang berlaku masa aku hang sekejap tu.
Berbalik pada cerita tadi, tapi berlengah aku bawak baju sejuk; sebab aku rasa sejuk kat sana, kami bergegas ke Hospital. Sebelum tu Pah ada ngadu sakit, dan pada masa sebelum dia kata keluar darah tu, aku ada suruh dia urut tangan aku. Takkan pasal tu kan.
Tetiba rasa penat petang semalam. Lari 5KM konon-konon nak kurus balik, tapi makan tak jaga. Memang payah jugak. Pah makan, aku makan. Pastu makan malam macam Nasi atas kul 9.00 malam, memang le. Pastu makan plak Protein, muscle naik mestila berat naik.
Ok, ni bukan cite pasal aku, back to business. Lepas masuk dalam, pegawai bertugas tu terus suruh amik air kencing. Prosedur biasa. Aku pun temankan Pah kencing, mulanya malas nak teman, tapi katanya tandas jauh. Memang agak jauh rupanya.. huhu.. pastu depan tu ada parking van jenazah hospital. Scary jugak. hehe..
Komen Dr Nurul Nadiah daripada Hospital Mersing
Lepas Pah masuk, dalam 20 minit Pah suruh aku hantar Diinaa balik. Takut lama. Aku pun dah plan sebelum tu untuk panggil Wani (anak PA) aku untuk jaga Diinaa. Dia pun ok. So aku bawak Diinaa balik, amik Wani and Annis, then hantar dorang kat rumah, aku tunjuk sikit-sikit bilik dorang dan minuman apa-apa dan makanan untuk dorang minum, then aku balik ke Hospital.
Masa nak turun dari rumah, Pah call, seriau jugak nak dengar apa yang Pah nak cakap. Berita buruk ka? aku dup-dap jugak, tapi macam segalanya akan okay. Sedih juga dok kenang nasib aku ni. Dah la 14 tahun tunggu, banyak dugaan, tapi aku yakin segalanya okay.
"Abang, baby okay, Dr dah check dan pendarahan tu bukan pada rahim, rahim saya clean, abang dah boleh amik saya". Alhamdulillah, lega bila aku dengar. Aku macam nak suruh Pah tanya doktor detail sikit, sebab Pah bila bab ni dia berperangai pelik, tak tanyalah, tak tahulah, aku selalu kene interupt dan sampai Hospital, aku terus jumpa doktor. Tapi doktor akui beliau tak berapa paham dengan condition Pah dan ubat yang Pah amik. Pah memang ada PCOS, dan setelah jumpa Dr. Tan, beliau menasihatkan kami untuk ambil Glucophage XR. Setelah hampir 3 tahun ambil prekripsi ni, Pah mengandung. Kene cerita bab lain ni.

Pah Selamat, InsyaAllah harapnya tiada apa.

Aku sempat borak dengan Doktor Nurul. Kecil orangnya. Cakap laju, tapi layan aku yang banyak tanya. Pah kata banyak perkara yang Doktor Nurul akui bahawa beliau tak tahu, walaubagaimanapun aku yakin Dr. Nurul telah buat yang terbaik, sejak aku buat buku merah tu di Klinik Mersing Kanan, aku dapat layanan yang terbaik dari semua staf dan Doktor di sini, aku sempat bagitau doktor aku akan ke Putrajaya untuk dapat rawatan yang lebih pakar, beliau akui di sini tiada pakar, aku cuma katakan yang aku risau dan mahu yang terbaik untuk Pah. Aku bersyukur sebab Pah takde apa-apa. Aku bawak Pah makan Mee Bandong sebab aku tau dia lapar dan tak makan lagi then kami balik.

Pendarahan pada bukan bahagian rahim

Seperti yang Doktor jelaskan, ada pendarahan yang berlaku di sekitar faraj, Doktor ada tanya adakah kami ada 'bersama' sebelum ini, memang takde la sebenarnya. Doktor juga ada menambah, menambah bahawa ia adalah kesan perubahan hormon, surprise juga tapi ada kelegaan juga.

Ubah strategi sedikit 

Anis (kiri) dan Wani (kanan)
Aku ambil keputusan untuk bawak Pah keluar setelah seminggu beliau dok rumah, bawak makan pagi dengan Annis dan Wani yang jaga Diinaa semalam. Tapi Pah cakap kalau ngandung ni memang tak elok sangat nak keluar jalan-jalan, mau plak kami yang tinggal tingkat 3 ni, so aku rasa ni je kot boleh bawak keluar, makan malam memang aku belikan. Esok (Ahad kami akan bergerak ke Putrajaya) harap dapat nasihat yang diperlukan di sana. Pah dapat MC sampai Selasa dari Doktor Nurul, ingat aku nak cutikan Pah lama sikit untuk berehat di rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Maxis Home Wireless Internet ~ Hate Unifi?

Memperbaiki resolusi display yang rosak

CLA resit - second time