Pemasangan SSL daripada Let's Encrypt ke atas Chekgu.com secara percuma


Penggunaan SSL adalah penting dalam transaction di dalam internet yang memerlukan capaian yang selamat. SSL menurut Wikipedia adalah "SSL (Secure Sockets Layer) is the standard security technology for establishing an encrypted link between a web server and a browser. This link ensures that all data passed between the web server and browsers remain private and integral."  

Mari kita mula.


Installation

Mulakan dengan Bismillah, macam biasa. Lepas tu terus ke web Let's Encrypt yang menyediakan perkhidmatan SSL secara percuma. Tapi sebenarnya sahabat saya @ripmeout telah merujuk kepada sourcenya tersebut daripada laman Github.

Buka terminal anda dan run code di bawah:
tajul@chekgu:/opt$ sudo git clone https://github.com/letsencrypt/letsencrypt

Pemasangan letsencrypt dengan menggunakan sudo

Setelah selesai menarik source letsencrypt daripada laman GitHub, anda perlu membuat beberapa konfigurasi bagi membolehkan SSL ini digunakan di laman web anda.

Pastikan anda menggunakan sudo command bagi membolehkan dia menggunakan root akses. Seterusnya, masuk ke dalam direktori letsencrypt tadi dan run command di bawah ini:



tajul@chekgu:~$ cd letsencrypt 
tajul@chekgu:~/letsencrypt$ ./letsencrypt-auto --help

letsencrypt-auto akan mengemaskini rilis client secara automatik. Memandangkan  letsencrypt-auto adalah wrapper kepada letsencrypt,  ia akan menerima exactly command line yang sama bagi flags dan argument yang diberikan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan script ini dan cara pemasangannya, anda boleh rujuk User Guide ini.


Proses update beberapa package

How to run the client

Saya akan daftarkan domain chekgu.com dan subdomain www.chekgu.com dalam perkhidmatan SSL ini. Larikan command berikut:
tajul@chekgu:/letsencrypt$./letsencrypt-auto --apache -d chekgu.com -d www.chekgu.com -d

Baca arahan dan pilih Agree

Dengan pilihan 'Secure', semua request akan diberi capaian secure https

Jika tiada masalah, anda akan selesai dengan installation. Anda mesti mendapat mesej seperti ini.

Untuk mengesahkan pemasangan adalah betul dan berjaya, semak di Qualys SSL Labs. Pastikan anda mendapat gred yang sepatutnya. Dalam kes saya, saya mendapat A.

Semakan Rating adalah A. Sepatutnya dapat A+

Selesai pemasangan SSL di server anda, anda akan dapati capaian ke laman web anda mempunyai label https. iaitu bermakna SSL terlah berjaya dipasang.
Hasil daripada implementation SSL ke atas chekgu.com

Setting di Backend bagi pilihan Force SSL
 Bagi mereka yang menggunakan Joomla! pastikan anda membuat sedikit modifikasi di backend Joomla! anda supaya SSL dipilih untuk capaian ke laman anda.

Credit to @ripmeout







Comments

Popular posts from this blog

Maxis Home Wireless Internet ~ Hate Unifi?

Memperbaiki resolusi display yang rosak

CLA resit - second time