Pah dimasukkan ke Hospital Mersing
Semalam lebih kurang jam 12.00 malam, Pah cakap pada aku ada darah keluar dan melekat pada seluar dalamnya; aku kaget jugak. Terkedu dalam beberapa saat. Aku tengok muka Pah dan Pah pun tengok muka aku. Risau bercampur takut dan sedih semua ada. Mana taknya, dalam fikiran aku sepatutnya ia tidak boleh berlaku. Oleh sebab Pah macam tengok aku terkedu sekejap; dia kata jom kita ke Kecemasan. Aku ingat lagi masa aku terkedu tu, aku dok terpikir macam nak call Dr. Norliza daripada Putrajaya yang telefon aku pada hari Khamis lepas. Aku masih ingat suara dia. Aku siap buat Information Gathering dekat Facebook dia. Suaranya muda tapi, setelah aku tengok Facebook beliau, nampak macam dalam usia 40'an. Ya itu yang berlaku masa aku hang sekejap tu. Berbalik pada cerita tadi, tapi berlengah aku bawak baju sejuk; sebab aku rasa sejuk kat sana, kami bergegas ke Hospital. Sebelum tu Pah ada ngadu sakit, dan pada masa sebelum dia kata keluar darah tu, aku ada suruh dia urut tangan aku. Takkan pa...