14 tahun dan berita baik

Setelah 14 tahun kami menunggu, akhirnya Pah membawa berita gembira. Aku ingat pada ketika itu. Waktu petang. Sebenarnya Pah dah start tak sihat apabila kami pulang daripada Furama Hotel, Kuala Lumpur untuk membangunkan silibus IOS, ya 7 November 2017. Dan aku rasa pada 12 / 14 November Pah buat urine test. Ye, masa tu petang. Aku pegi jogging, tetiba Pah call, "Abang 2 bang!" tetiba terputus, aku terkejut sebab tertekan end call. Then aku call balik, yes, its 2! Positif, dan kami terus ke klinik pada malam Isnin tersebut untuk kepastian Doc.

Berita yang sangat tidak disangka ketika kami menjalani kehidupan seperti biasa, tanpa sebarang rawatan; hanya nasihat Doktor Tan dengan pemakanan ubat kencing manis yang pada dasarnya bertujuan untuk memberikan Pah datang haid setiap bulan.

Pengembaraan ini sangat lama, setelah apa yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Tahun 2011: Pah mengandung di luar rahim. Pah mengandung kali ini adalah dengan bantuan perubatan iaitu kami menjalani proses Intrauterine Insemination: IUI. Salah satu daripada tiub Pah terpaksa dipotong kerana membahanyakan nyawanya. Pada ketika ini Diinaa Jasmine telah mewarnai kehidupan kami. Aku masih ingat pada ketika itu, sahabat aku, Hanzi memang memaksa kami mengambil Diinaa, dan pada masa yang sama kami sedang dalam rawatan IUI. Pah mengandung (aku dah jangka) tetapi langkah kami tidak silap. Paksaan Hanzi dan isteri adalah tepat. Kami ambil saja kerana ia rezeki. Mana tau Pah tidak jadi mengandung pada ketika itu, dan ya memang Pah keguguran.

Tahun 2010: Ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS) adalah tragedi yang menyeramkan bagi kami berdua. Proses IUI yang kami jalani di LPPKN membuahkan hasil, tetapi rawatan ini membawa kepada sindrom yang membahayakan Pah. Pah dimasukkan ke Hospital Putrajaya dan mendapat rawatan daripada pakar. Pah dijaga dengan baik dan dirawat oleh doktor-doktor pakar daripada Hospital Putrajaya dan Kuala Lumpur. Aku masih ingat pada ketika itu, Doktor pakar daripada KL memarahi Doktor Putrajaya sehingga mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong permohonan sambung belajar mereka. Sangat komited doktor mengambil kes isteri aku dan aku amat menghargainya. Doktor pakar daripada KL itu sangat professional dan melayan Pah dengan baik. Ketegasan beliau saya yakin adalah untuk kebaikan Pah semata.

Tahun-tahun sebelum 2010 dan daripada usia perkahwinan kami (2004): Kami menjalani rawatan pertama IUI di Hospital Putrajaya. Rawatan IUI mempunyai kos yang tidak ditanggung oleh kerajaan dan kami perlu menanggung kos tersebut. Setiap rawatan IUI menelan belanja sekitar RM 2k - 4k bergantung kepada kepanjangan tempoh rawatan IUI tersebut.

Rawatan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Permulaan rawatan kami adalah di Hospital Putrajaya seawal tahun 2004 (saat tahun pertama perkahwinan kami). Walaubagaimanapun, kami telah mulakan rawatan sejak sebelum kahwin lagi apabila saya mengetahui Pah mengalami masalah kedatangan haid. Ingat masa pertunangan kami, saya telah membawa Pah ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) untuk mengetahui mengapa haid Pah bila datang akan menyebabkan sakit pada beliau dan jika tidak datang terus berlalu sehingga 4 bulan. Oleh yang demikian Pah selalu dapat berpuasa penuh kerana tidak datang bulan. Dalam konsep kesuburan, jika tidak datang haid, memang tiada kesuburan. Ini sebenarnya agak menakutkan kami untuk memperolehi zuriat.

Pertama kali ke LPPKN

Ini sangat kelakar. Pada pertama kali datang ke LPPKN, aku perlu 'diperiksa' dahulu. Maksud aku kesuburan aku sebagai lelaki. Perkara ini sering dilupakan kita sebagai lelaki. Nasib baik normal. Ada jugaklah risau. Tapi pada masa tu, ada sebuah bilik khas untuk lelaki bagi mengeluarkan air mani mereka untuk disemak. Cubaan pertama aku untuk keluarkan sendiri gagal, sehingga aku terpaksa panggil bantuan, baru boleh keluar. Memang kelakar masa tu. Siap jururawat lelaki tersebut nasihatkan aku take a break dulu. Pergi minum dan ambil Tongkat Ali katanya.
to be continue..

Comments

Popular posts from this blog

Maxis Home Wireless Internet ~ Hate Unifi?

Memperbaiki resolusi display yang rosak

CLA resit - second time