Installation Ubuntu Gagal ke atas Lenovo Thinkcentre
Menyampah keatas apa yang terjadi pada partition Windows XP pada PC saya, saya membuat keputusan membuat partition kedua dan saya memilih Fedora10. Sistem Operasi yang bagus dan kerisauan saya pada connection ke internet menggunakan Palm Treo 750v saya, dan ternyata F10 dan boleh jadikan PDA saya sebagai modem untuk melayari Internet. Berbalik pada masalah saya seperti tajuk di atas, setelah menggunakan F10 dalam tempoh seminggu dan masalah pada GNOME saya dan mp3 files yang tidak boleh main, saya membuat keputusan untuk memasang Ubuntu. Tetapi sehingga kini dan dari semalam, saya gagal memasang Ubuntu pada Lenovo saya. Kalau tak kerana Sistem yang saya terpaksa lakukan di atas Microsoft Access ni, dah lama saya arwahkan Windows saya. Terpaksalah demi organisasi saya yang 'tercinta'. Saya terbaca satu artikel dalam Bahasa Inggeris tentang tatacara untuk membuang partition Linux di dalam PC dan mengekalkan Windows. Tujuan saya bukan untuk memakai Windows secara total tetapi apab...