CLA resit - second time

Certified Linux Admin, second re-sit baru selesai tadi. Di dalam senarai kehadiran, 9 orang dijadualkan untuk menduduki peperiksaan ini. Malangnya hanya 4 orang yang hadir. 3 orang dari kumpulan saya hadir iaitu Hasyimi dari Jabatan Peguam Negara, Syahrul dari PTPTN.
Seorang rakan dari Kedah juga hadir. Yang lain tidak kelihatan. Hanya senyap sunyi atau sudah menukar pandangan ke Microsoft Windows. Menurut Syimi, yang lain sibuk dan akan hadir pada sesi yang akan datan.
Mengikut perbualan saya dengan Nicholas, peperiksaan yang seterusnya dijadualkan pada pertengahan bulan depan. Soalan untuk Bahagian A masih sama kecuali Bahagian Objektif yang agak sukar sedikit.
Berikut adalah serba sedikit soalan untuk Bahagian A:
  1. Mencipta user dengan memberikan group yang sama selain daripada group yang sedia ada
  2. penggunaan command rpm untuk mendapatkan package yang telah diinstall, package yang berkaitan dan mencari library berdasarkan package yang diinstall.
  3. Cara untuk meniginstall dari source file
  4. Penggunaan tar dan untar. Kene mahir. Sebagai contoh, bagaimana nak backup folder /etc ke folder lain dengan mengekalkan permissionnya.
  5. Mount. Menggunakan mount, mencipta filesystem baru, scan filesystem, dan cara untuk mount filesystem yang baru dibina dengan menjadikannya sebagai folder yang di share -- kene master bab ni. Rasa banyak markah
  6. GRUB. Kene mahir dari segi makna setiap perkataan dalam /root/grub/menu.lst. Kalau tengok manual dalam machine pun takkan paham. Yang dia tanya user perlu edit fail tersebut tanpa perlu ada option semasa reboot. Aku tak berapa paham.
Bahagian Objektif :

1.Soalan pasal x windows
-Cemana nak edit resolution
-Cemana bagi nak dia boot GNOME
-Fail apa yang perlu diedit
-Step dia boot.(startx--xintrc..memacam aku pun tak tau)

2.Pasal rpm.
-Cemana nak check package
-Cemana nak check version kernel guna RPM

3. Command ps
4.Baud speed, cemana nak semak?
5.Bagaimana nak search file
6.Cemana nak change perkataan red+black dalam satu fail
7.cp -r atau cp-rf? apa beza?

Kali ni banyak soklan yang jawapan lebih daripada satu. So studylah.. semoga berjaya

Comments

Popular posts from this blog

Maxis Home Wireless Internet ~ Hate Unifi?

Memperbaiki resolusi display yang rosak