Open Source : Mengapa kita perlu gunakannya

Pergerakan Open Source agak perlahan jika dibandingkan dengan rakan jiran kita dari seberang. Adakah kita kekurangan kemahiran yang diperlukan ataupun tenaga yang mencukupi? Jawapannya ringkas. Banyak dugaan dan cabaran dalam menempuh alam Open Source di Malaysia ini.
Di kala ini tidak banyak komuniti yang mencipta benda baru sebagai contoh mencipta satu distro yang baru dari Kernel Linux, tetapi aku terpikat dengan terciptanya satu Distro yang diberi nama My1os yang masih di peringkat beta. Semoga Allah memudahkan perjalanan ini.
Aku pernah berbual dengan salah seorang pensyarah di sebuah IPTA tersohor negara dan jawapan daripada beliau tentang Open Source agak mengecewakan aku kerana beliau masih mempertahankan mengapa perlu mencipta Distro yang baru sedangkan banyak distro Linux telah dibangunkan. Aku tidak mampu menjawabnya kerana bagiku mudah. Ia adalah Freedom. Kebebasan untuk memilih. Mengapa aku gunakan Sabily? walaupun Sabily lahir daripada Ubuntu dan Ubuntu adalah asas kepada Debian dan Debian adalah Linux pada kernelnya? Jawapanku mudah. Sabily adalah Distro yang penggunanya terdiri daripada Muslim yang inginkan aplikasi spesifik seperti Zekr, untuk membaca dan memperdengarkan ayat Al-Quran. Bagiku tidak salah. Ia adalah kreativiti dan kepuasan individu ataupun kumpulan yang membangunkannya. Dan yang paling penting, ia tidak meminta wang daripada anda, walaupun anda sentiasa memberi komen yang buruk pada hasil kreativiti anda.
"Pergi ke Low Yatt dan anda dapat perisian berharga RM 5". Statement yang membuatkan aku kehilangan hormat kepada orang yang patut aku hormati. Itu adalah antara statement yang keluar daripada lidah seorang pensyarah itu lagi. Agak mengecewakan kerana ia datang daripada pendidik yang sepatutnya memberikan sebuah ayat yang mampu merangsang pelajarnya supaya keluar dari kepompong selesanya sendiri.
Terserah kepada anda untuk membuat keputusan dan berfikir. Pujian patut diberikan kepada Bahagian Matrikulasi yang telah menjadikan subjek Open Source sebagai satu subjek wajib yang patut dipelajari oleh kesemua penuntutnya. Walau mendapat reaksi yang negatif daripada sesetengah tenaga pengajar, kejayaan tidak datang dengan pujian. Dari kejian kita bangkit dan satu hari nanti, InsyaAllah, hasil akan bercambah dan berkembang memberi sinar besar kepada kemahiran mereka untuk keluar ke industri pekerjaan yang lebih mencabar.

Comments

Popular posts from this blog

Maxis Home Wireless Internet ~ Hate Unifi?

Memperbaiki resolusi display yang rosak

CLA resit - second time