Setelah 14 tahun kami menunggu, akhirnya Pah membawa berita gembira. Aku ingat pada ketika itu. Waktu petang. Sebenarnya Pah dah start tak sihat apabila kami pulang daripada Furama Hotel, Kuala Lumpur untuk membangunkan silibus IOS, ya 7 November 2017. Dan aku rasa pada 12 / 14 November Pah buat urine test. Ye, masa tu petang. Aku pegi jogging, tetiba Pah call, "Abang 2 bang!" tetiba terputus, aku terkejut sebab tertekan end call. Then aku call balik, yes, its 2! Positif, dan kami terus ke klinik pada malam Isnin tersebut untuk kepastian Doc. Berita yang sangat tidak disangka ketika kami menjalani kehidupan seperti biasa, tanpa sebarang rawatan; hanya nasihat Doktor Tan dengan pemakanan ubat kencing manis yang pada dasarnya bertujuan untuk memberikan Pah datang haid setiap bulan. Pengembaraan ini sangat lama, setelah apa yang berlaku sejak kebelakangan ini. Tahun 2011: Pah mengandung di luar rahim. Pah mengandung kali ini adalah dengan bantuan perubatan iaitu kami menja