Kembali ke Linux

Setelah hampir dua minggu aku menggodak Notebook HP Elitebook 6930p, dengan pemasangan Windows XP yang mana licensed adalah untuk Vista dan boleh dapat free Upgrade ke Windows 7, aku kembali semula ke Linux. Aku ambil keputusan untuk pasang Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) walaupun aku dah mencuba beberapa Linux Distro yang lain seperti CentOS, Fedora dan yang paling lama aku cuba (dan tak cuba untuk remove) adalah OpenSUSE-11.2. Sebabnya? senang je.. sebab ia cantik dan ada nilai sentimental ke atasnya. Ia adalah Linux pertama yang aku cuba!!
Setelah agak bosan dengan apa yang jadi pada karier aku pada 2009 dan awal tahun 2010 ni, aku rasa perjuangan aku dalam Open Source ni sedikit mengecawakan. Agak hambar dan tiada apa yang dapat ku banggakan. Tapi aku bertanya balik pada diriku sendiri, "Adakah aku seriusly nak guna Windows untuk pembangunan sistem dan Laman Web dan juga kerja seharianku?" akhirnya setelah menyelami Windows 7, dan segala fitur (perkataan baru dari pensyarah UKM yang aku belajar), aku terasa ingin kembali ke cara asal.. bukan untuk matlamat peribadi aku, tapi untuk kepuasan diri. Ubuntu..
At the 1st place, aku bukan nak install Ubuntu, tetapi Sabily, setelah aku cari Sabily-9.10, code name GAZA, tak jumpa, aku terpaksa install dari Ubuntu-9.10 dan migrate ke Sabily. Sebab? sebab aku rasa esok dan pada waktu kerja aku tak sempat nak lakukannya. Sebagaimana aku katakan, Open Source adalah untuk kepuasan peribadi sahaja. Tak ada kene mengena dengan kerja.

Masalah

Macam biasa, setiap kali nak install Linux dalam machine aku ni, mesti ada masalah. Masalah kali ni adalah Windows aku ada satu partition saja. Jadi dari jam 10.30 malam tadi, aku dok wat resize partition windows aku. Sebabnya kalau aku wat dalam windows, dia bagi aku size kecik je lepas resize. So, aku amik live CD dia, dan gunakan gparted untuk resize kepada size maximum yang aku boleh dapat dari proses tersebut.

Kesimpulan

Cepat betul kesimpulannya. Aku pun dah tak larat nak tulis dan aku rasa tak de sapa nak baca tapi aku pasti, artikel ini akan aku rujuk kembali tentang step-step yang aku akan buat lepas ni.

Tips

Apabila anda menggunakan Open Source, tak semestinya rakan baik anda yang menggunakan Open Source seperti anda akan membantu anda jika anda mempunyai masalah. Sebabnya? sebabnya mudah.. sebab ia free.. dan itulah salah satu orang panggil Open Source ni selain terbuka, ia adalah freedom, selain daripada free. Kalau rakan anda kata dia sibuk, apa yang anda nak kata balik? .. Ini bukan Microsoft product.. Everything is free dan google search saja. Pasti anda ketemu jawapannya. Daripada kita dok main game di Facebook dan menunggu rakan kita comment apa yang kita catat di status kita atau gambar yang kita upload. Rakan tu adalah rakan ofis kita..

Comments

Popular posts from this blog

Maxis Home Wireless Internet ~ Hate Unifi?

Memperbaiki resolusi display yang rosak

CLA resit - second time