OSS : Antara semangat dan kekayaan..

Seperti kebanyakan post yang lepas, post kali ni ditulis sebagai falsafah kepada perjuangan aku dalam pembangunan dan perkembangan OSS di dalam kehidupan dan juga di dalam pekerjaan seharianku. Terkadang memang ketidakfahaman sesetengah pihak menyebabkan cara kerja dan gerakan OSS di dalam organisasi tidak dapat direalisasikan. Terkadang juga kurangnya maklumat atau cara bagaimana (how-to) menyebabkan sesetengan pengguna kecewa dan akhirnya terpanggil kembali ke pangkuan dunia Windows yang banyak cabaran yang antara yang paling membosankan dan memenatkan adalah kembali ke rutin asal, backup-format-restore. Perkara ini PASTI akan ada lalui jika anda terus menggunakan Microsoft Windows di dalam kehidupan anda. Sebanarnya bukan apa, bukan susah dan juga bukan mudah. Bukan sukar untuk mencipta virus dan bukan mudah untuk mencari antivirus. Tetapi kadangkala manusia memang akan selalu alpa dan kadangkala manusia juga akan membuat perkara yang bodoh yang kadangkala mereka yang melakukannya akan terfikir mengapa mereka lakukan. Kerana wang semua ini bisa berlaku.
Penggunaan Open Sorce selalu terdedah kepada niat atau mencari keuntungan. Ada setengah golongan mengambil keuntungan dan mencari peluang yang mampu mereka terokai di atas kelemahan orang lain yang mana akan membuat mereka sentiasa mampu mengguna barangan yang mahal, jenama yang terkenal dan seterusnya akan berkata "Ini semua daripadaku". Ini tidak mustahil dan telah terbukti di dalam dunia hari ini.
Ada sesetangah golongan pejuang yang berjuang bermati-matian untuk perkembangan pembangunan OSS di alam maya, tetapi sering diambil kesempatan ke atas mereka, dek kerajinan mereka dan mereka diperah sehingga tidak berdaya lagi. Natijahnya, sesetengah daripada golongan ini kecewa dan akhirnya perjuangan mereka disia-siakan dan akhirnya mereka kembali menjadi orang yang paling 'selesa' di dunia. "Tiada lagi siang di malamku".
Yang pastinya, di alam OSS ini, ada dua golongan ini yang memperjuangkan matlamat yang sama, tetapi pada dasarnya, satu golongan tadi mengambil kesempatan di atas perit-jerih golongan kedua tadi untuk mengambil keuntungan yang lebih berlipat ganda yang mana golongan pertama tadi menjelaskan mereka adalah pejuang sebenar, walhal mereka masih memakai topeng yang buruk dalam merealisasikan perut mereka yang sudah buncit. Sedihnya!
Ironinya, perkara ini masih berlaku dan tetap akan berlaku. Itu adalah sunatullah! Tiada siapa yang bisa menghalang. Hanya semangat juang yang kental akan meneruskan perjuangan ini. Akhirnya yang kekal, menang dan berjaya adalah golongan yang istikhamah dan sentiasa merasakan perjuangan ini adalah perjuangan untuk anak bangsa, negara dan agama. Rezeki Allah sudah tetapkan. Mereka tidak akan kaya dan terus kaya. Mereka akan sentiasa mensyukuri nikmat Allah sambil berkata, "Segalanya datang dari Allah dan akan kembali padaNya" sedang golongan pertama tadi dengan sombong terus mendaki di atas tangga kelompok yang kedua tadi. Memalukan, tapi itu adalah hakikatnya.

Comments

  1. tuan tajul azhar
    your writing is so deeply touching quote"menggunakan Microsoft Windows di dalam kehidupan anda. Sebanarnya bukan apa, bukan susah dan juga bukan mudah. Bukan sukar untuk mencipta virus dan bukan mudah untuk mencari antivirus. Tetapi kadangkala manusia memang akan selalu alpa dan kadangkala manusia juga akan membuat perkara yang bodoh yang kadangkala mereka yang melakukannya akan terfikir mengapa mereka lakukan. Kerana wang semua ini bisa berlaku." really ralley kena batang hidung aku laa ni...
    aku ada buat benda bodoh iaitu memperjuangkan yang haq sehingga tempat aku cari malkan tergadai.

    PERJUANGAN kita tak akan berakhir disini
    marilah kita sesama memperjuangkannya demi anak bangsa kita'
    'TAKBIR"

    allah hu ak bar

    ReplyDelete
  2. Teruksan bro.. kita kene belajar konsep anai-anai... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maxis Home Wireless Internet ~ Hate Unifi?

Memperbaiki resolusi display yang rosak

CLA resit - second time