Windows 7 -Preview

Dalam post yang lepas, memang takde apa yang aku tuliskan, tapi kali ni pun memang takde apa. Cuma nak berkongsi berkenaan dengan Windows 7 yang aku dah pakai sekarang.
Sebenarnya, aku memang tak nak guna Windows 7 ni, tapi oleh kerana ini notebook office dan bos aku pun dah mengingatkan supaya "Ko jangan uninstall windows dalam tu!" aku pun guna je la.
Dengan tak semena-mena aku dah terpikat sikit dengan features yang terdapat dalam Windows 7 ni. Agak menyeronokkan. Antara features yang menarik :
  1. Boleh besar kecik windows yang di open. Kalau kita bukak beberapa windows, kita majukan kesebelah kiri, ia akan membuatkan windows tersebut jadi separuh. Jadi ini amat mudah nak buat comparison antara 2 window. Kalu tarik ke atas, window yang ditarik tersebut akan membesar.
  2. Kalau kita shake spesifik window, ia boleh mengecilkan window yang lain.
  3. Kalau perasan, takde dah 'Show Desktop' punya icon. Sebenarnya buka takde, cume ia diletakkan disebelah kiri bawah.
  4. Peningkatan kepada searching feature.
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh masuk ke sini. Ada video. Kekadang baca panjang-panjang pun boring jugek :) aku yang nak menaip ni pun lagi malas..

Comments

Popular posts from this blog

Maxis Home Wireless Internet ~ Hate Unifi?

Memperbaiki resolusi display yang rosak

CLA resit - second time