Pemasangan Micro$oft Office 2010

Aku telah menggunakan aplikasi Microsoft Office 2010 ke dalam Notebook Elite aku dan juga di dalam PC Lenovo aku. Yang pastinya, ianya amat menarik. Antaramuka Micro$oft Office 2007 telah memukau aku, dan kedatangan Office 2010 ini amat aku nantikan. Antara fitur yang amat aku gemari adalah lambakan template yang berada di hujung jari anda. Anda perlu cari template dokumen yang anda perlukan, dan naaahhh.. segalanya terbentang kepada anda.
Penggunaan Open Office adalah tercabar kurasa dengan kedatangan Micro$oft Office terbaru ini. Selain telah bersedia dengan format terbuka yang membolehkan versinya di simpan di dalam format terbuka, ia juga tersedia untuk menyimpan dokumen anda ke dalam bentuk .pdf. Pencapaian ini adalah dari versi Micro$oft Office 2007 lagi. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna saya menolak penggunaan Linux dalam kehidapan seharian saya sebagai seorang pegawai IT di ofis, tetapi memberi ruang kepada produk Micro$oft yang agak merosot penggunaannya sebelum lahirnya Windows 7.
Terserah pada anda untuk menggunakannya. Bagi aku sendiri aku menggunakannya kerana berpeluang. Tetapi jika diajak untuk membelinya, mungkin aku sama sekali tidak akan menggunakannya. Oleh kerana lesenya percuma, mungkin aku menggunakannya. Biasanya tidak lama sebelum aku kembali kepada OpenOffice.
Satu cabaran kepada OpenOffice sendiri adalah, kekurangan yang ada pada OpenOffice Base nya yang memungkinkan ku menggunakan PC ku ini sebagai 'agen' untuk menggunakan Micro$oft Office Access sahaja!!

Comments

Popular posts from this blog

Maxis Home Wireless Internet ~ Hate Unifi?

Memperbaiki resolusi display yang rosak

CLA resit - second time