Penggodan Menggodam Ubuntu Forum dan Yii Framework Forum

Ubuntu Forums suffered defacement by hackers on Saturday; also a significant data breach. (Image: ZDNet)
Ubuntu Forum adalah satu pusat penyimpanan maklumat secara dinamik dan perkongsian maklumat juga berlaku secara efektif di sana. Pengguna diseluruh dunia menggunakan media ini untuk menyelesaikan masalah mereka dan kebanyakan masalah berkenaan Ubuntu telah diselesaikan di sini dan kedangkalan dan kebodohan soalan (use RFTM instead!) membolehkan beribu pengguna lain pula menyelesaikan masalah mereka.
Malangnya keadaan ini telah memberi tamparan hebat kepada pasukan Ubuntu Forum apabila laman mereka telah digodam pada Sabtu lepas. Antara 'kehancuran' yang dilaporkan adalah password pengguna selain daripada username pengguna sendiri. Menggunakan teknik yang basic 'guessing', tidak menjadi masalah untuk penggodam untuk menguasai emel pengguna yang di dalamnya ada kaitan dengan akaun bank, Paypal dan sebagainya.

Begitu juga dengan Yii Framework Forum yang digodam selasa lepas. Yang menjadi persoalan kepada pengguna Yii Forum tidak dibangunkan oleh Yii Framework? dan perkara ini terus menjadi persoalan pengguna Yii seluruh dunia.

Menjadi satu kefahaman kepada pembangun yang "There is no secure application" dan "vulnerabilities include until you patch it" adalah menjadi satu peringatan kepada pembangun atau mungkin semua sistem dunia adalah tidak selamat? apa pendapat anda?

Antara petikan yang dikeluarkan oleh team Yii kepada penggemar Yii yang dikatakan sebagai the most powerfull PHP Framework* di dalam emel yang telah dihantar hari ini. Mungkin memberi satu persepsi kepada kita semua, para pembangun web
Emel daripada team Yii

Comments

Popular posts from this blog

Maxis Home Wireless Internet ~ Hate Unifi?

Memperbaiki resolusi display yang rosak

CLA resit - second time