Posts

Pemasangan Micro$oft Office 2010

Aku telah menggunakan aplikasi Microsoft Office 2010 ke dalam Notebook Elite aku dan juga di dalam PC Lenovo aku. Yang pastinya, ianya amat menarik. Antaramuka Micro$oft Office 2007 telah memukau aku, dan kedatangan Office 2010 ini amat aku nantikan. Antara fitur yang amat aku gemari adalah lambakan template yang berada di hujung jari anda. Anda perlu cari template dokumen yang anda perlukan, dan naaahhh.. segalanya terbentang kepada anda. Penggunaan Open Office adalah tercabar kurasa dengan kedatangan Micro$oft Office terbaru ini. Selain telah bersedia dengan format terbuka yang membolehkan versinya di simpan di dalam format terbuka, ia juga tersedia untuk menyimpan dokumen anda ke dalam bentuk .pdf. Pencapaian ini adalah dari versi Micro$oft Office 2007 lagi. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna saya menolak penggunaan Linux dalam kehidapan seharian saya sebagai seorang pegawai IT di ofis, tetapi memberi ruang kepada produk Micro$oft yang agak merosot penggunaannya sebelum lahirnya ...

Memperbaiki resolusi display yang rosak

Kali ini aku berdepan dengan masalah untuk memaparkan display notebook aku ke LCD Projector. Agak membosankan apabila tak dapat selesaikan masalah ni. Dah dua hari aku cuba untuk memperbaikinya!! So, hari ini aku berjaya dengan membuat sedikit 'googling' dengan Mozilla Firefox. Indah sungguh hidup dengan OS Sabily dan lappy baru aku ni. Memang sesetengah akan memikirkan "Itu adalah sumpahan guna Linux". Tidur lambat, mata bengkak, lambat punch, memang kenelah aku.. Jadi, berbalik pada cerita asal, cuma edit fail ini /etc/X11/xorg.conf. Pada bahagian yang tertulis SubSection "Display" pastikan dia berada pada value yang betul. Untuk mengetahui value yang tepat, anda sendiri tahu nilainya.. Membantu? mungkin..

Selamat Datang ke dunia yang mengerikan

Erm.. setelah lama menggunakan FreeBSD.. bukan terer pun. Cume pengalaman lamaku rasa. Hampir 5 tahun. Nak sama dengan bilangan lamanya aku menunggu anakku keluar.. :) Aku bertanya pada diri sendiri. Adakah ia berbaloi dari segi kos, tenaga, dan masa aku. Kenapa di sini saya menggunakan 'aku', sebab saya sorang yang kene fikir. Bukan nak mengatakan rakan-rakan lainku tak bantu, tapi sokongan yang aku fikirkan. Walau begitu, aku tak pernak menghampakan organisasiku, selagi tulang 4 kerat ni ada, aku akan buat supaya segala-galanya beres. Tanpa mahu organisasiku bertanya bagaimana nak selesaikan. Bila bos tanya pasal dokumentasi ke atas kejayaan inovasi aku (aku panggil inovasi sebab ia baru di organisasiku, di luar sana orang dah bergerak lagi maju!), aku mula pening. Sebab aku berhempas pulas nak mempelajari kaedah dari pak cik ku, uncle google, nak mendokumenkan perkara itu akan mengambil masa lagi dariku. Di sini, sebagai contoh, bagaimana aku nak selesaikan masalah aku berke...

Fail Penting untu FreeBSD

Kali ni saya nak kongsi tentang tips yang penting untuk system admin, terutama saya sendiri. Fail ini adalah fail konfigurasi. Antaranya adalah : /etc/rc.conf fail ini adalah fail untuk start up. Ia bertanggungjawab terhadap ip address dan DHCP yang digunakan. sambungan artikel adalah dari sini. http://www.freebsdmadeeasy.com/tutorials/freebsd/freebsd-basics.php

Kembali ke Linux

Setelah hampir dua minggu aku menggodak Notebook HP Elitebook 6930p, dengan pemasangan Windows XP yang mana licensed adalah untuk Vista dan boleh dapat free Upgrade ke Windows 7, aku kembali semula ke Linux. Aku ambil keputusan untuk pasang Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) walaupun aku dah mencuba beberapa Linux Distro yang lain seperti CentOS, Fedora dan yang paling lama aku cuba (dan tak cuba untuk remove) adalah OpenSUSE-11.2. Sebabnya? senang je.. sebab ia cantik dan ada nilai sentimental ke atasnya. Ia adalah Linux pertama yang aku cuba!! Setelah agak bosan dengan apa yang jadi pada karier aku pada 2009 dan awal tahun 2010 ni, aku rasa perjuangan aku dalam Open Source ni sedikit mengecawakan. Agak hambar dan tiada apa yang dapat ku banggakan. Tapi aku bertanya balik pada diriku sendiri, "Adakah aku seriusly nak guna Windows untuk pembangunan sistem dan Laman Web dan juga kerja seharianku?" akhirnya setelah menyelami Windows 7, dan segala fitur (perkataan baru dari pensyarah UK...

Windows 7 -Preview

Dalam post yang lepas, memang takde apa yang aku tuliskan, tapi kali ni pun memang takde apa. Cuma nak berkongsi berkenaan dengan Windows 7 yang aku dah pakai sekarang. Sebenarnya, aku memang tak nak guna Windows 7 ni, tapi oleh kerana ini notebook office dan bos aku pun dah mengingatkan supaya "Ko jangan uninstall windows dalam tu!" aku pun guna je la. Dengan tak semena-mena aku dah terpikat sikit dengan features yang terdapat dalam Windows 7 ni. Agak menyeronokkan. Antara features yang menarik : Boleh besar kecik windows yang di open . Kalau kita bukak beberapa windows, kita majukan kesebelah kiri, ia akan membuatkan windows tersebut jadi separuh. Jadi ini amat mudah nak buat comparison antara 2 window. Kalu tarik ke atas, window yang ditarik tersebut akan membesar. Kalau kita shake spesifik window, ia boleh mengecilkan window yang lain. Kalau perasan, takde dah 'Show Desktop' punya icon. Sebenarnya buka takde, cume ia diletakkan disebelah kiri bawah. Peningkatan k...

Pemasangan Ubuntu ke atas Lenovo Thinkcentre

Setelah lama melakukan cubaan ke atas Lenovoku untuk memasang Ubuntu, aku terpanggil sekali lagi untuk mencuba setelah sesi demo bersama Prakash Advani, Partner Manager - Central Asia, Canonical . Setelah bertanya kepada beliau, beliau menyuruh saya menghantar contoh mesej yang dikeluarkan. Apa yang aku ingat, mesej yang terpapar adalah seperti I/O error. Seolah-olah Ubuntu tidak dapat menulis failnya ke dalam Lenovo tersebut. Lalu aku ingin mencuba lagi dan ini kurasa adalah kali terakhir. Aku cuba memasang ke dalam PC kepunyaan Saidah. Pensyarah Kolej Matrikulasi Perak . Pada option hard disk. Aku telah pilih advance dan memilih untuk customize hardisk. Aku telah memilih partition yang kosong dan meletakkan setting '/ext4' dan setting mount sebagai '/' sahaja. Setelah dalam 15 minit, installation and that's it. Problem solved!!!